Projek Penampan

Ogos 16, 2008

Projek Penampan

Projek penampan atau “buffer” adalah bertujuan untuk menjadi penangkis kepada pencarian atau “search” kepada laman-laman lucah dan seks atau sex yang berada dalam dunia Internet dan ditujukan kepada laman-laman seks lucah berbahasa Melayu dan ditujukan kepada pengguna komputer dan Internet Malaysia yang berumur bawah 18 tahun. Konsep Projek Penampan adalah berdasarkan kempen Anti Merokok, halang bawah 18 tahun dan galakkan orang dewasa berhenti secara sukarela.

Keinginan Seks adalah perkara semula jadi maka Penampan mahu melihat laman-laman seks yang wujud bertukar menjadi laman pendidikan seks yang sihat dan bercirikan moral yang baik dan kepercayaan yang suci.

Sudah sekian lama Projek Penampan didiamkan maka dengan seruan kerajaan Malaysia yang mahukan halangan kepada laman-laman lucah dan seks dijalankan secara sukarela maka Projek Penampan dihidupkan semula.

Ingin dinyatakan, Projek Penampan tidak akan menjalankan kerja-kerja “hacking” atau “search and destroy” berdasarkan pendapat, Internet perlu bebas dan dikawal secara sukarela. Melakukan ia hanya membangkitkan lagi rasa tidak senang kepada ramai pihak dan akan menimbulkan banyak kesan negatif. Lagipun satu tapak hilang yang lain akan tumbuh macam cendawan. Namun ada tetapi :-

– Jika ada mana-mana pasukan penampan rasmi, tidak rasmi dan sekutu diugut berdasarkan akta jenayah secara maya dan nyata maka Penampan tidak teragak-agak untuk menjalankan “Search and Destroy”. We don’t touch you so you don’t touch us. Hormati pendirian kami sebagaimana kami menghormati pendirian anda. Anda teruskan jalan anda maka kami teruskan usaha kami. Itu sahaja perlu difahami. Kami mahu lindungi golongan remaja dan kanak-kanak.

– Mana-mana laman yang menayangkan gambar atau unsur jenayah seks seperti kanak-kanak, rogol dan pelbagai. Sila tapis dan kemas kini laman masing-masing.

Projek Penampan hanya akan mencadangkan pelbagai laman yang sesuai berdasarkan pendapat, bila ada sesuatu perkara berfaedah dilakukan maka perkara tidak berfaedah seperti carian laman-laman lucah dapat dielakkan. Ia mungkin mengambil masa namun ia boleh menjadi penyelesaian yang berpanjangan.

Untuk tidak membuang masa melayari laman-laman web lucah maka dicadangkan beberapa laman yang sesuai untuk perhatian pengguna komputer dan Internet Malaysia. Sambungan dibawah akan membawa ke laman lain yang tiada kaitan langsung dengan Projek Penampan.

Linux adalah sistem operasi seperti juga Windows. Ia semakin popular dan mula menjadi pilihan dalam dunia perniagaan dan juga individu berdasarkan kelebihan ianya dengan perlesenan terbuka dan percuma malah ia setanding dengan sistem operasi Windows. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Linux lawat laman Linux Malaysia.

http://linuxmalaysia.harisfazillah.info/

Daripada membazir masa mengapa tidak mencuba membuat wang dengan Internet. Laman-laman dibawah hanya sebagai cadangan sahaja. Berjaya atau tidak, bergantung kepada usaha anda.

http://cybermoney2u.blogspot.com/

Jemput lawati :-

Wanita Perempuan Dot Us Info

http://wanita.perempuanmelayu.info/

Bincangkan pelbagai perkara di ruang forum Wanita Dot Us.

Safe Surf

http://safesurf.perempuanmelayu.info/
http://wanita.perempuanmelayu.info/safesurf.php

Safe Surf Dengan Google.

Wanita Dating Zone

http://dating.tipswanita.com/

Cari Kawan Dan Dating Di Wanita Dating Zone.

Archive

http://penampan-web-archive.blogspot.com/

Hello world!

Ogos 16, 2008

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!